Wednesday, June 9, 2010

melayu itu layu

melayu
kini berpuak-puak,kau adlh kau dan ak adlh ak
melenting bila ditegur,marah,pendendam
walhal sesama sendiri.
tak dengar cakap,ego,anggap diri hebat
balas membalas seakan suatu adat dalam diri
hilang pedoman,runtuhnya iman
maka tercetuslah pertelingkahan
melayu
bukan lagi melayu dulu
berbudi bahasa,sopan santunnya,sumer terpelihara
hanyut dugaan dunia,hasutan syaitan
tenggelam dalam rayuan
berkendong berbulan2,buang itu satu pilihan
maruah juga yang tergadai.bodoh!!
melayu
tutur kata xguna akal
menyakitkan hati bila marah,tanpa usul periksa
tanpa beri peluang beri penjelasan.
gah dengan pangkat dan harta
rupa paras itu semestinya
semata nak di pandang mulia,anggap diri hebat
silap kata,buruk padahnya.
melayu
terlalu angkuh dengan apa yang dimiliki
walhal dunia ini cuma dipinjam tuhan
wang beli apa sahaja,termasuk nyawa
seakan itu suatu mainan
tanpa memikirkan keadaan orang lain
yang sakit menanggung beban kesedihan
melayu
makin hari kian layu
dek generasi yang tak hargai asal usul
kepayahan yang dulu menghasilkan kesenangan sekarang
langsung tak dipandang
tak siapa yang tahu,apa mereka mahu
apa yang mereka juangkan
melayu
tak semua melayu itu teruk
tak semua melayu itu jahat
cuma sekadar renungan
melihat dunia melayu dari aspek berlainan
ape yang terjadi sekarang....
maaf kalau ade yang terasa.

No comments:

Post a Comment