Wednesday, September 8, 2010

ceteknye pemikiran anak melayu

pertama kalinya,aku nk ucap terima kasih pada Zanarkand Tidus @ dean yg mencetuskan idea di kotak fikiran ak utk penulisan kali ini.subjek yg ak bakal ungkaikan agak berat dan ganas...HAHAHAHA....

http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=530673910&v=wall&story_fbid=116078998447283

link diatas menampakkan akan sedikit kelemahan dalam pemikiran anak melayu kini..kenapa??baca sebaik2 nye...
iklan tuh pada yg tau da kne delete,atas sebab agak menyentuh dan menyentap masyarakat islam yg majoriti nye melayu kerana sebuah iklan RAYA yg mencampur adukkan sedikit elimen agama lain..tuh pun sentap??

demokrasi merujuk kamus dewan edisi ke 3.pemerintahan oleh rakyat @ wakil yg dilih melalui pilihan raya...yee,kau berhak bersuara,sbb kau rakyat negara ni.tp,de tak kau fikir akan sikit dari sudut positif?iklan tuh dibuat atas dasar PEMERINTAHAN sekarang.maksudnye berkaitan dengan Gagasan 1 MALAYSIA...utk memudahkan pemikiran mereka yg cetek,1MALAYSIA tuh cube merumpunkan kita rakyat malaysia nie yg berbilang kaum agar bersatu padu dalam menggapai WAWASAN2020...cube kau kembali pada awal Tanah Melayu cube mendapatkan kemerdekaan,dan selepas kemerdekaan pada Malaysia sudah wujud.fokuskan bagaimana kaum melayu,india dan cina dahulu bersatu padu utk mencapai kemerdekaan?tuh satu,fikir plak adakah sikap bersatu padu kita dikalangan kaum yg len dalam negara nih macam dulu?jawapan nye TAAKKK LAA!!!itu la punce Gagasan 1MALAYSIA diperkenalkan.sebab ape xmcm dlu,sebab org2 mcm nih la.bukan aku nk tuduh,nak salahkn anak melayu bulat2,tp klo nk betulkan satu organisasi yakni Negara Malaysia seperti dlu yang bersatu padu demi negara perlu la perlahan2...bukan main tuding2 jari tunjuk sape salah sape betull!buka fikiran agar luas dan pandang jauh kehadapan.tanamkan sifat kenegaraan tuh tinggi demi pemimpin kita.betulkan diri baru perbetulkan org.baru masalah selesai.baru matlamat dapat dicapai

skang cube plak kembali ke zaman Nabi Muhammad S.A.W masa baginda mnyebarkan ajaran islam,ada tak baginda memilih kaum?berbagai kaum/puak mse tuh memeluk agama islam.skang ni,gunekan akal,amek contoh zaman baginda ubah sket dalam konsep Gagasan 1MALAYSIA yg cube ditekankn oleh Perdana Menteri kita...beza nye dlu Rasulullah S.A.W berjuang demi islam,manakala skang Perdana Menteri berjuang demi negara,demi kita iaitu rakyat Malaysia demi mencapai WAWASAN 2020.dan jugak demi anak,cucu,cicit kita pada masa akan datang.faham??knapa perlu cepat melatah sedangkan iklan tuh xmenghina agama kita yakni agama islam.jangan terlalu kolot.ALLAH meletakkan manusia diatas muka bumi ini sebagai khalifah.kita sume baik hindu atau kristian la skali pun,tetap khalifah seperti yg ditetapkan ALLAH.kita rakyat malaysia yg juga khalifah ALLAH ni memperjuangkan apa yg org dahulu juangkan.sumer terjadi bersebab.cume pemikiran yg terlalu negatif,suke bikin panas line.ape kes??bila isu agama diungkit,ituh pasti menimbulkan kontroversi dalam negara kita.itu ke yg kau nak??kita berpecah belah setelah lame kita hidup bersama dalam negara yg aman damai nih?

untuk tambahan,masyarakat kita sekarang(faham kn istilah masyarakat) suke bercakap,suke mendengar,tapi xsuke gune akal.amek contoh kes ni.sorang post pasal bnde ni kat wall facebook.fine tadehal...!tapiii bila sorang lagi yg cara pemikiran die agak cetek atau lemah akan menerima benda nih sebagai suatu ancaman atau perkara yg menggugat agamanya,dirinya,keluarganya dan macam2 lagi.seperti yg aku cakapkan masyarakat akan bercakap dan terus bercakap tanpa memikirkan sebaiknya kesan yg mendatang.facebook,myspace,dan mcm2 lagi laman sosial yg ada.diguna pakai oleh sumer org yg bermacam agama.bila bnde nih tercetus,agama lain akan terasa.seolah islam nih tak suka langsung akan kewujudan mereka dalam negara nih.fikirkan,adakah islam macam tu?TAAKK LAAA!tapi dek kerana pemikiran yg cetek benda nih akan timbulkan masalah perkauman.benda kecik,iklan tuh ade ala2 santa sket,bunga teratai ala2 hindu da nk cakap bukan2.cakap seolah agama lain xmenghormati agama islam.apoooo la otak kau pk kan??xsentuh isu agama kat cni,tuh cume iklan PERAYAAN.cube la fikir satu perkara yg positif.kita duduk negara nih berbilang bangsa dan agama.pemimpin cube menyatukan kita balik.jdi pihak tv3 cetuskan iklan camtuh agar rakyat nampak,ingat bahawasanya kita ni satu walau ape "perayaan" sekali pun.walau kita berlainan agama skali pun!!itu iklan perayaan yg sekelumit pun pada pandangan mata aku langsung tidak menghina islam. JANGAN CEPAT MELATAH!!

tolong la,andai kata kita berpecah belah...terfikir x akan peritiwa 13 MEI tuh berulang?sanggup??tergamakkah hancurkan perjuangan pemimpin2 kita yg dulu bersusah payah nk mendapatkan MALAYSIA ni satu ketika dulu?tergamakkah keharmonian kita tercemar stelah kita aman makmur dalam satu tempoh yg lame?betul kata mantan perdana menteri Tun Dr.Mahathir "melayu mudah lupa"...


renungkan lah,kenapa beliau menangis di akhir ucapan tuh?dapat tak fikir ape yg ade dalam fikiran beliau??haihh....

sila pandang dari aspek POSITIF!
terima kasih HAI-O

2 comments:

  1. akak pun baru je dapat tgk iklan ni kat wall FB saper ntah. Masa first tgk tu, akak tak terfikir lansung psl issue agama, cuma iklan tu tak menggambarkan sangat semangat Hari Raya but lebih kepada semangat merayakan Hari Raya tu bersama2 kaum lain. Entahla, maybe ilmu agama akak pun tak berapa tinggi so akak tak terfikir jauh sampai ke situ nak cakap iklan ni menghina Islam ke apa. Pendapat masing2. Cuma akak terkilan la dengan sesetangah pihak yang potray themselves as "penagak agama Islam" yang tahu memberi pen dapat tapi tak reti nak terima pendapat orang lain. Bagi akak, kalau kita percaya dengan pendapat kita, kita tak perlu menghina pendapat orang lain dan mempengaruhi org lain supaya menyokong pendapat kita. Dah nama pun pendapat. Kita sebagai penonton bagi pendapat A, pengarah iklan pun ada pendapat B-nya yang sendiri. Itu perspektif masing2. Cuma tak perlulah beria-ia sampai ke peringkat menghina CEO TV3, membabitkan politik. Tu dah melencong ke personal interest la pulak.

    ReplyDelete